Saturday, July 25, 2009

Manusia

Manusia bahagia bila dia berupaya membuka mata
Untuk menyedari bahawa dia memiliki banyak perkara yang bererti
Manusia akan bahagia bila dia mahu membuka mata hati
Untuk menyedari betapa dia dicintai
Manusia akan bahagia bila dia berusaha membuka diri
Agar orang lain mencintainya dengan setulus hati


Manusia tidak bahagia kerana tak mahu membuka hati
Berusaha meraih yang tidak dapat diraih
Memaksa untuk mendapatkan segala yang diinginkan
Tak mahu menerima dan mensyukuri apa yang ada...


Manusia BUTA kerana EGO dan hanya memikirkan diri sendiri
Tak sedar bahawa dia begitu dicintai
Tak sedar bahawa saat ini apa yang ada adalah terbaik
Sering berusaha untuk mencari yang lebih baik
Dan tak mahu sedar kerana NAFSU SERAKAH...


Ada kawan yang begitu mencintai namun tidak diendahkan
Kerana memilih, menilai dan menghakimi sendiri
Memilih kawan dan mencari-cari
Sedangkan didepan mata ada kawan yang sejati
Telah memiliki segala yang terbaik namun tamak
Ingin dirinya yang paling diperhatikan paling disayang
Dan mahu lebih perhatian...


Semua manusia memiliki peranan
Hebat dan nombor satu dalam satu-satu hal
Tapi belum tentu dalam hal lain
Dicintai oleh satu orang belum tentu oleh orang lain


Kebahagiaan datang dari dalam diri sendiri
Jika mengharap daripada orang lain
Bersedialah untuk ditinggalkan, bersedialah untuk dikhianati
Kita akan bahagia bila mampu menerima diri apa adanya
Mencintai dan menghargai diri sendiri
Mahu mencintai orang lain
Dan mahu menerima orang lain


Percayalah kepada TUHAN dan bersyukurlah kepadanya
Bahawa kita selalu diberikan yang terbaik
Sesuai usaha kita, tak perlu berkeras hati
Dia akan memberi kita disaat yang tepat apa yang kita perlukan
Meskipun bukan hari ini masih ada esok hari
Berusaha dan berbahagialah kerana kita dicintai oleh banyak orang
Iaitu KAWAN-KAWAN...

No comments: